Datasonic Group Berhad Annual Report 2023

NOTIS PERLINDUNGAN Data Peribadi Akta Perlindungan Data Peribadi, 2010 yang mengawal selia pemprosesan data peribadi dalam transaksi komersial, diaplikasikan kepada Datasonic Group Berhad (“Syarikat”). Seorang ahli Syarikat yang layak untuk menghadiri, bercakap dan mengundi di Mesyuarat Agung Tahunan atau pada sebarang penangguhannya, berhak untuk melantik seorang proksi(-proksi) dan/ atau wakil(-wakil) untuk hadir, bercakap dan mengundi bagi pihak beliau. Sehubungan dengan maksud tersebut di atas, data peribadi telah atau akan diambil oleh Syarikat atau ejen-ejennya daripada maklumat yang diberikan atau dikemukakan oleh ahli(-ahli) yang termasuk, tetapi tidak terhad kepada:- • Nama. • Pegangan Saham. • Pusat Sistem Depositori nombor akaun. • Nombor Kad Pengenalan Pendaftaran Negara/Pasport. • Alamat surat menyurat. • Butiran perhubungan. • Lain-lain data peribadi ahli(-ahli) dan/atau proksi(-proksi) dan/atau wakil(-wakil) ahli. Selain daripada data peribadi yang diberikan oleh ahli(-ahli) kepada Syarikat atau ejen-ejennya secara langsung, Syarikat atau ejen-ejennya boleh mengumpul data peribadi ahli daripada pelbagai sumber, termasuk tetapi tidak terhad kepada, Bursa Malaysia Depository Sdn Bhd, broker saham dan remisier-remisier. Syarikat atau ejen-ejennya boleh mengguna dan memproses data peribadi ahli(-ahli) dan/atau proksi(-proksi) dan/atau wakil(-wakil) ahli bagi maksud yang termasuk, tetapi tidak terhad kepada:- • Pemprosesan dan pentadbiran oleh Syarikat atau ejen-ejennya bagi proksi(-proksi) dan/atau wakil(-wakil) yang dilantik bagi Mesyuarat Agung Tahunan atau pada sebarang penangguhannya. • Penyediaan dan penyusunan senarai kehadiran, minit dan dokumen lain yang berkaitan dengan Mesyuarat Agung Tahunan atau pada sebarang penangguhannya. • Berkomunikasi dengan ahli(-ahli). • Membalas pertanyaan daripada ahli(-ahli). • Mematuhi mana-mana undang-undang, keperluan penyenaraian, garis panduan dan peraturan. (Secara kolektif dikenali sebagai “Tujuan-Tujuan”) Walau bagaimanapun, jika ahli(-ahli) tidak membekalkan Syarikat atau ejen-ejennya dengan data peribadi tersebut, Syarikat atau ejen-ejennya mungkin tidak dapat memproses atau menzahirkan data peribadi untuk mana-mana Tujuan-Tujuan tersebut. Di samping itu, data peribadi boleh dizahirkan atau dipindahkan kepada syarikat-syarikat dalam Kumpulan Datasonic atau ejen-ejennya atau mana-mana pihak ketiga atau orang bagi Tujuan-Tujuan tersebut dan semua maksud lain yang berkaitan dengan Tujuan-Tujuan tersebut termasuk tetapi tidak terhad kepada pendaftar saham, akauntan, juruaudit, perunding, peguam dan penasihat kewangan atau profesional yang dilantik oleh Syarikat. Jika dikehendaki sedemikian untuk mana-mana Tujuan-Tujuan, data peribadi boleh dipindahkan ke lokasi di luar Malaysia. Ahli(-ahli) adalah bertanggungjawab untuk memastikan bahawa data peribadi yang diberikan atau dikemukakan kepada Syarikat atau ejen-ejennya adalah tepat, lengkap, tidak mengelirukan dan terkini. Syarikat atau ejen-ejennya boleh meminta bantuan ahli(-ahli) untuk mendapatkan persetujuan proksi(-proksi) dan/atau wakil(-wakil) yang data peribadinya telah disediakan oleh ahli(-ahli) kepada Syarikat atau ejen-ejennya dan ahli(-ahli) bersetuju untuk berusaha terbaik untuk berbuat demikian. Syarikat atau ejen-ejennya tidak akan menyimpan data peribadi lebih daripada yang diperlukan dan akan mengambil langkahlangkah munasabah untuk memusnahkan dan/atau menghapuskan dari rekod dan sistem. Ahli(-ahli) Syarikat boleh mengakses dan meminta pembetulan maklumat peribadi beliau. Jika ahli(-ahli) mempunyai sebarang pertanyaan atau aduan berkenaan dengan data peribadi beliau, sila hubungi Syarikat pada:- Datasonic Group Berhad (No. Pendaftaran 200801008472 (809759-X)) Tingkat 6, Bangunan Setia 1 No. 15, Lorong Dungun Damansara Heights 50490 Kuala Lumpur Untuk Perhatian : Jabatan Kesetiausahaan Syarikat No. Telefon : (603) 2632 9699 No. Fax : (603) 2011 3560 Dengan menyediakan data peribadi kepada Syarikat atau ejenejennya, ahli(-ahli) secara nyata bersetuju, mengesahkan dan bersetuju dengan pemprosesan peribadi ahli(-ahli) oleh Syarikat atau ejen-ejennya untuk Tujuan-Tujuan tersebut. Jika berlaku apa-apa percanggahan antara versi Bahasa Inggeris dengan versi Bahasa Malaysia dalam Notis ini, versi Bahasa Inggeris akan diguna pakai.

RkJQdWJsaXNoZXIy NDgzMzc=